Pages

Monday, March 4, 2013

Bertolt Bercht

Entry aku kali ini, aku nak cite kat korg psl uncle Bercht. Nama sebenar beliau --> Bertolt Bercht. Brecht ni dilahirkan di Jerman pada tahun 1898 dan beliau telah dibaptiskan sebagai Eugen Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater  yang  sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang pacifist dan sangat terpengaruh dengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama,beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat  mengubah keadaan negara tersersebut. Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranyasemasa berada dalam Republik Weimar sebagai “terperangkap dalam empat cengkaman iaitu ketenteraan,  kapitalisme,  industrialisasi dan penjajahan.
                Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan – pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semsa dalam pelarian. Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater. Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah :
1.    The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), 
2.    The Three penny Opera (Die Dreigroschenoper),
3.      Life of Galileo(Leben des Galilei),
4.      Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder)
5.      The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan)
(Leach: 2004).
Manakala sumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai Epic Theatre.
Epic Teater
            Teori ini dinamakan sebagai Epic Theatre kerana ianya bersifat episodik, dengan setiap babak memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita. Contoh mudah bagi memahami pernyataan ini ialah kartun Dragonball yang memaparkan cerita yang berlainan dalam setiap sirinya, tetapi masih merupakan satu cerita apabila digabungkan. Selain nama Epic Theatre, teori ini juga dinamakan sebagai Dialectic Theatre
kerana dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain
       Epik teater adalah bertujuan sebagai sebuah pementasan yang dijalankan untuk mempersembahakan idea-idea dan penonton harus menilai idea-idea tersebut. Oleh itu pementasan yang diadakan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sebuah pementasan. Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak boleh beremosi, sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan tersebut. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt  yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai " alienation effect ” ataupun kesan pengasingan.
Ver fremdungseffekt 
        Dalam bahasa Jerman,Verfremdungseffekt bermaksud ‘mengasingkan’(alienate) atau‘menjauhkan’ (distance)  penonton daripada sesebuah pementasan. Dalam epik  teater, Brechtcuba mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan mereka dalam sesebuah pementasan. Dengan cara ini,para penonton tidak akan tersentuh dengan pementasan  tersebut serta tidak bersimpati mahupun berempati dengan apa yang dipaparkan. Sebaliknya,beliau mahu para penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi oleh sesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya  dilema  tersebut. Apabila  para penonton di asingkan secara emosi daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek dan mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakat. 
Teknik- Teknik Epik Teater
          Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam penghasilan pementasan dalamEpik Teater iaitu historification, allegorical dan pseudo foreign. Dalam teknik historification ataupun pensejarahan, Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babakpementasannya dalam latar masa lampau. Sebagai contoh, pementasan
Mother Courage and Her Children disetkan dalam latar masa abad ke-17 (pementasan tersebut ditulis pada 1938,disunting kembali pada 1940 dan dipentaskan pada 1941). Dengan cara ini, penonton akan lebih diasing memandangkan mereka tidak bias dengan latar masa lampau tersebut.Manakala, dalam allegorical pula adalah penggunaan simbol – simbol dalam menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini digunakan di dalam pementasan Rise and Fall Of The City Of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan diasingkan oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat di dalam simbol-simbol tersebut. Manakala, teknik pseudo-foreign pula adalah adaptasi daripada teater-teater luar yang setentunya berbeza budayanya daripada budaya audiens.Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The Good Person of Sezuan.
                Selain itu di dalam teater epik juga selalunya terdapat pelbagai lagi teknik yang digunakan supaya penonton terasing daripada pementasan. Di antaranya adalah dengan meletakkan kapsyen di dalam sesuatu persembahan menerangkan apa yang akan berlaku. Selain itu dengan wujudnya narator sebagai menjelaskan setiap babak dengan lebih jelas serta memprovokasikan penonton. Terdapat penggunaan lagu yang digunakan juga bagi memprovokasi penonton. Ada juga teknik yang memerlukan pelakon berinteraksi terus dengan penonton. Hal ini adalah bertujuan bagi penonton terasing dari lakonan pelakon serta pementasan.
                Terdapat juga teknik brecht yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan. Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton pementasan, bukan realiti dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon.
      Salah satu istilah yang digunakan oleh Brecht dalam lakonan adalah gestus. Gestus adalah apa sahaja pergerakan yang dilakukan oleh seseorang pelakon dalam lakonan bagi menggambarkan keadaan sesebuah watak berdasarkan teks. Gestus boleh menerangkan keadaan pelakon tanpa memerlukan pelakon menunjukkan emosi dan boleh menyebabkan penonton teralienasi daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada menjadi emosional. Ini adalah daripada pemerhatian Brecht terhadap opera cina. Dimana pelakon meletakkan rambut di mulut dan penonton telah menfsirkannya sebagai ketakutan walaupun pelakon itu sedang bergerak di dalam keadaan yang tenang.